Thursday, August 16, 2012

(Part 2) 21th June 2012: MissJ's Seoul Summer Trip

Day 3: Everland

Hi-yeom! Hi-yeom! Hi-yeom!!!!!! 
As I promised, I'm back to write the next entry. Part 2 for Everland. Last entry, I already told you on how to go to Everland by 4 methods from Myeondong to Everland. I hope my information is really helping. :)

Dekat entry ni, aku akan cerita dekat korang apa yang aku nak MAIN SANGAT bila sampai Everland ni. Sebenarnya, kat Everland ni aku paling teringin nak main X-Train dengan T-Express! ROLLER COASTER weyh! and one more! VIKING! Dekat Everland namanya Adventure of Colombus. Gila aku kemaruk nak main benda ni. Semua salah LEE JOON! Ahahahaha! Sebab in MBLAQ Hello Baby, dia sanggup tinggalkan budak kecik tu dekat tepi sebab dia nak main VIKING tu ler~  Excited bebenor. Moh lah kita sambung cerita apa benda yang aku buat dekat Everland ni yer~ Enjoy the reading! :)

Seoul Summer 3: Having fun at Everland!
Okay. Dah selesai beli ticket and tengok-tengok map Everland, kitaorang pun start planning kitaorang nak pergi main apa dulu. 


Ni map Everland. Korang boleh klik kat 'map Everland' dekat atas.
Aku ada bagi link untuk full guide.
X-Train:
Firstly, kitaorang pergi main X-Train (Roller Coaster) dulu. Disebabkan dulu kumpulan Xing jadi duta mereka, kitaorang curious nak try sebab tengok commercial nampak best! Mula-mula, aku peninglah jugak sebab baru je nak familiar dengan Everland ni. Dalam map, korang rasa dekat je tempat yang korang nak gi tu. Tapi sebenarnya jauh ya AMAT~ 

Yang best, ada lagu theme Everland~ Aha! Aku sampai dah hafal dah lagu dia sebab asyik dok ulang sepanjang hari kan.
Memang kalau korang nak cari tempat permainan tu, kena tengok map. Or else, korang akan SESAT ke tempat permainan lain. *sila rujuk signboard yang ada di Everland yer~*
Dan PERINGATAN! Everland ni berbukit-bukit yer. Sila bersiap-sedia untuk sediakan KOYOP atau muscle ointment. :)

Aku pun bukaklah MAP tu sambil-sambil mencari dimanakah X-Train? 

Aku yang sedang bertungkus-lumus membaca map tersebut
Berpeluh-peluh aku cari.
DIMANAKAH X-TRAIN????!
Eh?! PORORO-DA!
Jalan tegak je, pastu belok kiri sikit. Dah nampak X-Train dari jauh~ Uuuuuuu~ Seronok gila masa tu! Excited teros. Memang laju je lah aku jalan masa tu sampai tertinggal kakak-kakak aku kat belakang. 


"Owh! Tu! Tu lah X-Train! Adik dah nampak!"-kata aku kepada Kakak, Angah dan Deqna
The white steel. That's X-Train.
Awesome isn't it?
Dekat depan X-Train, korang akan jumpa 'Double Rock Spin' ni. :)
Aku dengan Deqna rushing masuk X-Train.
Sebab kitaoranglah yang gila nak naik sangat menatang ni.
Yok! Yok masuk yok! :D
Mak aku ada pesan, kalau benda tu tinggi or lagu sangat, jangan main. Sebab aku ni ada ASTHMA. Tapi, aku ni. Keseronokan melampaui segalanya! Ceeewwaaahhhh! Aku kalau berani, aku main je. Kalau aku tak berani, memang aku takkan main dah. Buat jantung sendiri hilang nyawa je kan.
Dekat signboard X-Train tu ada tulis amaran-amarannya. Dan aku tersenarai. As usual, ASTHMA~


Sila bulatkan mata anda dan tajamkan penglihatan anda untuk membaca 'WARNING' tersebut.
Terima kasih. :)
Masa ni, kakak-kakak aku dah buat aku cuak kebebeh dah. Depa sibuk dok ingatkan aku apa yang Mak pesan kat aku. Tapi, alah~ X-Train je. Tak de lah tinggi semacam. T-Express, memang aku takut nak naik. Sebab besar dan tinggi sangat.

Aku pun naiklah. Sampai-sampai, dah ada banyak orang beratur. Kitaorang pun sembang-sembanglah dulu. 

Dari atas. :)
Yang dahsyat tu, aku tengok dekat tembok-tembok, dinding-dinding dekat situ. Semuanya diconteng nama ARTIS. Banyaklah yang aku nampak. Big Bang ada, B2ST ada, Infinite ada, Teen Top ada, SHINee ada and etc. Banyak sangat! Penuh satu tembok tu dari atas sampai bawah. Aku pun teruja gak lah kan sebab ada banyak KPOPPERS datang. 
*Tapi tak baguslah. Semua tu VANDALISME. Tak perlu nak tunjukkan cinta korang melalui VANDALISME*

Nampak menarik, tapi tak bagus sebab dah tak cantik dah tembok tu
Okay. Dah beratur pepanjang, sekarang turn kitaorang. Aku duduk dengan Angah and Kakak duduk dengan Deqna. Letak beg? Korang tak yah risau. Diorang ada sediakan kantung net untuk korang letak beg dalam tu. Dijamin tak jatuh. Tapi kalau korang takut jatuh, silalah letakkan kaki and di jaring tersebut.

Mula-mula memang nervous gila. Diorang suruh pakai belt semua. NOW! IT'S SHOW TIME!!!!!
AAAAAARRRRGGGHHHHH!!!! Aku terus menjerit. Bapak laju! Memang seronok. Masa tu aku memang tak pejam mata. Aku bukak mata aku luas-luas sebab nak tengok keadaan main X-Train nih. Memang best! Berpusing-pusing roller coaster ni. Siap terbalik lagi. Masa tu memang rasa diri nak jatuh ada, terangkat pun ada. Tapi, tak lama lah main menatang ni. 5 minit je. Tapi, WA CAKAP SAMA LU MEMANG BEST ARR! *even bagi aku tu tak berapa extreme. Hikhikhik!*
So, dah puas main X-Train. Masa ni pun tudung agak tonggang terbalik, kitaorang jalan ke European Adventure which is area T-Express and kitaorang nak tengok bunga-bungaan~ :)

Bawah ni ada MissJ TV (2NE1 TV version kitaorang). Haha! Enjoy! :)




European Adventure:
Dari X-train, kitaorang jalan je turun bukit sampai kitaorang nampak Flume Ride. Flume Ride ni memang favourite orang kat sana. Especially untuk couple-couple sebab game ni naik sekali hanya 2 orang dan main dengan air. 

Korang jalan straight je turun bukit tu. Agak jauh jugak lah. Tapi korang continue jalan and sambil-sambil tu tengok lah sign board yer.










Memang kalau korang masuk dalam Everland, korang kena pegang map. Kalau tak, terpesong jauh sampai penat nak jalan. Jalan dia bukan rata je. Berbukit-bukau you. Yang Angah, aku memang speechless lah dengan dia. Dia pakai WEDGES, jalan satu EVERLAND. Kalau aku memang dah patah kaki.

Bawah ni ada MissJ TV (2NE1 TV version kitaorang). Haha! Enjoy! :)




Okay, dah jalan-jalan tu. Akhirnya sampai gak dekat European Adventure.
Masa ni, dari jauh aku dah nampak T-Express. WOAH! BAPAK TINGGI! Roller Coaster KAYU tu babe!
Aku masa nampak dari jauh tu, aku beani gak nak pi naik. Ending, dah sampai dekat. Tutup mata aku.
Cuak tu datang laju-laju. Terus kecut aku nak naik. Sumpah memang aku tak berani lagi-lagi aku tahu roller coaster tu diperbuat dari KAYU.

Kat European Adventure ni, korang boleh nampak banyak tempat ada bunga-bunga *kalau bukan time Winter*

Kat site ni pun, banyak tempat yang berkaitan dengan Flora&Fauna. Ada Zoo SAFARI, Zootopia(MBLAQ Hello Baby location) and more!
Sampai-sampai sini je, aku dah nampak Zirafah FAKE. Original size of giraffe. Masa ni, aku terus jerit, "Eeeeee! LEE GWANG SOO!". Aha! 
Masa tu, memang mata kitaorang menilau. Serious. Cantik gila. Bunga merata-marata! Bagi penggemar bunga dan kaum IBU, mereka pasti begitu gembira jika menjumpai bungaan seperti itu. :D

Sebenarnya, kitaorang penat gila berjalan sebab location dari X-Train dengan European Adventure ni jauh sebenarnya. -.-

So, kitaorang duduk kat tepi pokok dulu. Korang tak yah habis duit nak beli air masaor sky juice segala.
Kat Korea ni, memang mana-mana tempat diorang ada sediakan satu fountain untuk korang isian semula air. Dia macam WATER COOLER kat asrama. MERATA. Kan jimat disitu. Tak payah beli air masak. AIR FREE! *musim panas je kot. Musim lain aku tak tahu available ke tak*


Show stage. Belakang tu la T-Express nyo~
Aha! Ni lah Lee Gwang Soo yang aku kata tu. Besar kan?
Aku dengan Deqna yang gigih study map Everland.
Sebab lepas tu malas nak buka map lagi.
Baik study bebetul yer~
Angah yang busy isi air.
Tak sampai 10 minit, air 2 botol dah habis.
Nasib baik merata fountain tu yer~
Okay. Dah habis rest, study map segala. Kitaorang pun start ler memulakan kembali aktiviti kitaorang. 
Kitaorang planning nak ambil-ambil gambar dekat area situ-situ dulu.
Aku nak pi ambil gambar kat Gwang Soo tu. Kehkehkeh!!!

Deqna, Angah , Kakak
Aku, Angah, Kakak
TAADAAA!!
Lee Gwang Soo yogisseo! :D
Gigih aku gayut dekat perut Giraffe tu.
Kahkahkah!
Maaf. Aku tak tahu nama bunga ni.
Sieda aku tu memang bagus.
Dia memang non-stop study map tu.
Yelah, nak beri keselesaan kepada King dia kan. KAHKAHKAHKAHKAH!!!!
From the side. Nice view is it? :)
Dah settle amik-amik gambar, kitaorang terus lenjan pergi main dekat Zootopia. Zootopia ni macam 3D Short Movie. Tapi ada simulation sekali. Kau akan dibagi SPECT, dan korang akan watch it as macam korang in movie tu. Kerusi korang akan goyang-goyang and gerak-gerak sekali. memang best! 
Kitaorg nak try main ni sebab tengok MBLAQ Hello Baby. Diorang ada masuk bawak Lauren, DaYoung dengan Leo main benda ni. Macam budak-budak lah kan. Tapi, best! Mula-mula korang ingat merepek je masuk situ. Sebenarnya tak langsung!

Geramkan? Aku sebenarnya memang nak beli.
Tapi, aku beli pun. Pakai masa main je. Pastu balik MY bila nak pakai lagi??
Tulah Zootopia Entrance.
Dekat dalam, kitaorang tak sempat nak snap pict.
Maaf! 
Cafeteria yang sangat cantik dan unik. :)
Bawah ni ada MissJ TV (2NE1 TV version kitaorang). Haha! Enjoy! :)



Dah habis main Zootopia, kitaorang pun beredar. Kakak aku tu, dia nak sangat pergi tempat cerita The King 2Hearts punya shooting place. Dekat dalam Everland gak. Part masa Ha Ji Won dengan Lee Seung Gi punya engagement ceremony ke wedding ceremony. Ntah. Aku tak ingat. Kahkahkah!


Tu lah T-Ekspress nyer. Besar kan?
*motipppppp*
Jom gi naik train!
Kawasan yang kitaorang nak gi tu dekat tempat yang ada train-train tu. Ending, jalan-jalan. Sampai jugak.
ALHAMDULILLAH. Seronok KAKAK dapat pergi shooting place tu yerk~
Seronok yer kau kak. Kelas kau FAIZAH!~ Hahahaha!
Then, kitaorang pergi naik train kat situ. Dia pusing-pusing dekat area Garden tu je. Dan view, memang WOW! FANTASTIC BABY!

At King2Hearts shooting place. :)
At King2Hearts shooting place. :)
Tunggu turn nak naik train lepas bebudak TADIKA tu. :D
Ready to depart!
Bunga KEKWA yang berjaya di snap masa train jalan.

Bawah ni ada MissJ TV (2NE1 TV version kitaorang). Haha! Enjoy! :)


Dah turun train, apa lagi. Kitaorang pergilah masuk dalam Four Season Garden tu. Memang awesome lah bunga kat situ. SEGAR gila!!!! Meroyan lah aku masuk situ. Poyo-poyo lah aku bergambar. Posing macam-macam habis. Aha! SERIOUS MEMANG SANGAT CANTIK!

Angah, Deqna, Kakak
Angah, Kakak, Aku


At the fountain.
Thanks to Korean strangers for taking our picture. :)
At King2Hearts shooting place. :)
Posing WARRIOR! Kahkahkah!
Angah yang hanya interesting dengan payung sahaja. Aha!!!






She's nice and she's welcome us!




Aha! Pendekkan kitaorang?
Ni mirror effect. Mirror untuk jadi orang kerdil! :)









Okay. Dah puas berjalan dekat Four Season Garden, kitaorang pun pergi dekat dengan area ROSE Garden.
Motipp kitaorg gi sana sebab nak gi fountain tu. Fountain tu ada dalam cerita My Love Pattzi tak silap aku.
Memang dari tahun 2003 kitaorang nak pergi fountain tu. 2012 jugak dapat gi.
Hikhik. Tapi, kitaorang tak baling duit syilling and wish segala.
Khurafat itu semua yer.
And masa korang jalan dalam fountain tu, jangan terkejut tengok patung-patung tersebut yer. Patung-patung tu semua patung Greek. So, ada POSEIDON lah, and seakan dengannya.
Korang paham lah kalau patung Greek. Bogel semacam kan. So, jangan terkejut. Aku dah bagi tahu awal-awal. :D


Let's go to the fountain!
Tong sampah yang cantik.
Macam nak bawak balik letak satu dekat rumah.
Kahkahkahkah!!!
Ni lah fountain tersebut.
Aku tak amik banyak. Sebab banyak patung je.
Dan aku tak ambillah gambar pepatungs tersebut kerana censored!!!
So, after kitaorang dah hangout kat sini. Kitaorang berhenti makan jap
Kitaorang beli air kegemaran kitaorang dekat Korea ni. Macam biasa, air SPRITE dengan Fanta.
Dan aku beli Vitamin Water. Kitaorang bawak bekal. mahal nak beli dalam ni. Air-air boleh lerr~
Kitaorang bawak instant rice yang kitaorng beli kat GS25 dekat dengan hostel, bawak serunding Mak kitaorg.
Lepas makan tu, ingat nak beli snack lah.
Aku ni dari Malaysia, teringin sangat nak makan CHURROS tu. Aku tengok food ni dekat dalam Teen Top Secret Island. Yang si Ricky dengan L.Joe berebut nak makan sangat. Aku beli lah. Around 2000KRW. Dan TAK SEDAP!!!! Sebab aku tak suka food yang ada serbuk kayu manis. NAK MUNTAH!!!!
Serious seksa aku nak habiskan.

Lepas makan-makan, kitaorang pun gerak lah nak pergi main COLUMBUS VIKING yang si Lee Joon sibuk main tu.

Okay, aku akan sambung dekat Part 3 of Everland.
Kitaorang akan go to Magic Land and American Adventure.

Wonder what's going on at Everland? What did we play? The awesome games? What we found?

I will write the next entry of Part 3 at Everland!
Stay tunes and Thanks for reading! :)


I Love Korea!

No comments:

Post a Comment