Sejak dua tiga menjak masuk dua bulan tahun baru 2013 ini, aku sendiri dah mula jinakkan diri aku dengan membaca. Semua ni berpunca pada semasa Tasha which is roommate kesayangan aku ni rekemen satu buku dari FIXI iaitu Kelabu by Nadia Khan. Jadi, novel ini menjadi novel tersulung aku sepanjang abad ni...
![]() |
Aku gila sayang novel sulong aku ni. |
Pada mulanya, aku agak tak berminat sebab aku ni bukan jenis manusia yang baca novel sepanjang hidup nak menggenap 20 tahun pada November ini.
Ini sebab aku dah ada mindset yang 'novel' mesti ayat gila baku, jiwang dan sewaktu dengannya.
So, member aku ni rekemen satu press buku indie which ayat dalam tu tak menggelikan langsung.
Jadi, aku pun cuba kan diri membaca. Tak kenal maka tak cinta kan.
Lepas dalam masa 4 hari jugaklah aku habiskan membaca, outcome dia gila best!
Ada juga terlalu jatuh cinta dengan watak dalam novel ni.
Dari sini lah mulanya minat aku nak membaca buku-buku jalanan. Selain tu aku menyokong karya anak bangsa sendiri *harap penulis-penuis buku-buku jalanan nanti dah popular, tak angkuh lah yer*
Jadi, aku pun mulakan membaca buku kedua iaitu SUMBAT.
![]() |
Lapar memanjang aku baca buku ni... |
Pada hari sebelum aku nak bali UTHM, ada kawan Twitter aku sarankan satu buku koleksi cerpen.
UNTUK SEPARA TUHAN tajuk nya.
![]() |
Beli dari salah satu penulis berbakat cerpen ini. Cerpen: Kau Harus Bayar Twitter: @Taiplajulaju |
Semuanya cerpen yang bagi aku happen dekat dalam hidup kita.
Manusia-manusia yang angkuh dan menganggap mereka berkuasa, merekalah yang tahu semuanya.
Boleh jadi tanpa sedar kau dengan angkuhnya menganggap dirimu maha mengetahui.
Menjadikan kau manusia separa tuhan.
Menjatuhkan hukum benar dan wujud hanya pada apa yang kau lihat dan tahu, sedang selainnya semata-mata tipu dan palsu.
Sedarlah kau tidak diciptakan tuhan yang separa dirimu itu dengan satu mata di hadapan dan satu lagi di belakang untuk melihat seluruhnya, bahkan akal pemberiannya yang membezakan kau dengan binatang itu juga punya daerah terlarang.
-Untuk Separa Tuhan (Buku Hitam Press)
Itu lah antara review aku. Mungkin selepas ni entry aku penuh dengan review buku?
Terima kasih membaca! :)

No comments:
Post a Comment