Friday, July 13, 2012

19th June 2012: MissJ's Seoul Summer Trip 2012

Day 1: On the way to Incheon, Korea


Hi yeom! I am going to KOREA! KOREA! KOREA! SEOUL! KOREA! *mula dah nak meroyan*
Baiklah. tenangkan diri. Excited ya amat kan sebab nak balik kampung jumpa Family mertua. Ahahahaha!! Motip aku tulis entry ni because I would like to share to all of you about ma experiences on how the feeling and way to Korea.


Seoul Summer 1: JB to LCCT,KL
Okay, first step. Bangun tidur lah. Sepastinya. Aha!
Kitaorang adik beradik bangun around pukul 5.30am sebab nak check last minute luggage and hand-luggage yang nak diangkut. Check barang-barang, passport, dokumen and everything as last check.
Parents dan 'boyfriend' akak aku hantar kitorang 4 beradik ni ke Senai dalam pukul 6.00am gitu.
Elok kitaorang sampai Senai around pukul 6.00am gitu. kitaorang teruslah gi self check-in boarding pass dengan luggage sebab flight kita orang gi LCCT, KL tu around 8.25am.


Lepas dah settle check-in segala yang patut, hmm. Baru pukul 6.30am. Kitaorang satu kampung pi lah solat Subuh dulu. Lepas solat Subuh. Pi lah breakfast kat Marrybrown. Dah tang tu je yang nampak sedap. Apa lagi, Bantai! 



Dah settle makan, Dikna mula-mula lah membahagikan boarding pass ke LCCT, KL kepada Individu terbabit.


YAY! That's boarding pass to KL!
Excited sebab first time nak fly.
Jakkun sebentar. :)
Bye bye Johor. Hello Kuala Lumpur! :D
Dah settle bagi semua. Kitaorang pun berlepas. Salam Mak dengan Abah, cium depa. Pergh! Nak meleleh ayaq mata time tu. Wa first time nak pi jauh merentasi laut buat pertama kalinya seumur hidup. Tapi, nak jaga ke-poyo-an aku ni, sanggup tahan ayaq mata mengalir. KOYA!!!! 
So, kitaorang 4 beradik pun masuklah ke Departure hall tu dan duduk dekat tempat menunggu.



Excitedkan?! Padahal baru nak fly pi KL. Okay. First time masa captain tu nak start terbang tu, Best!!!! Macam naik roller coaster sikit. Terasa diri terangkat uh. Rasa Gravitynya tu. Aha! Happening. Happening untuk manusia yang macam JAKKUN aku ni. Eheee~ 

In flight to LCCT, Kuala Lumpur
Seoul Summer 2: KUALA LUMPUR to INCHEON, KOREA
Baiklah. Time ni, kitaorang dah pun sampai LCCT. Around pukul 9.45 am macam tu. Flight kitaorang pukul 2.25pm. Korang bayangkan betapa lamanya kitaorang nak tunggu dekat LCCT tu bapa jam? Tambah dengan excited segala lah. Aigoo~ Mencabar iman. But, in the same time. Ada nervousnya tau nak fly pi Korea ni. Aha! Adakah ini akibat nervous nak jumpa Family mertua?? Nak jumpa Seobang yang tersayang?? Aha! Kitaorang kan tunggu sampai petang. So, kitorang solat Jamak siap-siap. Untuk memudahkan perjalanan atas plane nanti.

Dah puas menunggu, at the end. Check-in luggage around 1.45pm macam tu. Alhamdulillah, tak ada apa-apa masalah. Kitaorang terus masuk ke International Departure Hall, check boarding pass, lalu imegresen kitaorang buat self check-in je. Dan akhirnya kitaorang tunggu dekat depan port for passenger. :D

Our Boarding pass to Incheon!!!

Check-in luggage
Before enter to Imegresen 

Self check-in 
Waiting for the plane! -Dikna 
Waiting for the plane! -Angah
Waiting for the plane! -Kakak
Lepas kitaorang tunggu lama, gate pun open. Alhamdulillah. Masa ni, banyak orang dari Indonesia, China, Malaysia, Korea and Japan yang banyak naik flight dengan kitaorang. Dan orang tengok kitaorang macam pelik sikit. Maybe sebab kitaorang pakai tudung kot or muka kitaorang yang super-seiras ni?? Whatever, kitaorang adik-beradik memang unique. Aha!

Excited sampai SPEECHLESS
Exciting Time!
Serious. Excited gila bila announced cakap dah boleh bergerak ke plane. Macam-macam perasaan terasa. Memang best! I cannot described how my feeling that time. Allah S.W.T sahaja yang faham. Heee~~



Alhamdulillah. Selamat naik. Hmmm, lepas setengah jam dah boarding, barulah kitaorang fly. Hmmm, malangnya. Aku duduk dengan sekumpulan keluarga. Chinese form Indonesia. Kepoh bebenor family ni. Rimas! Jalan sana, jalan sini. Takut sangat family diorang tu terjun keluar plane. -.- Sangat sabar je time tu. Kitaorang tak nak feel kitaorang spoil sebab menatang cam gitu.
Lepas sejam fly, flight attendance start bagi lunch untuk orang yang dah book meals. So, MAKAN TIME!!!
I ate KIMCHI CHICKEN DURUCHIGI RICE! :D

In flight to Incheon!
My Lunch! YUMMY!
After eating. I'm enjoying the view from the sky. :)
My bored-less flight with banana Yoseob. :)
After 6 hours in plane, Alhamdulillah. I arrived to Incheon! OMO! I can't believe it! I AM AT KOREA??!!
Seriously! Super excited time tu. Nampak staff yang kat airport tu memang welcoming kitaorang. Diorang waving dekat all passenger time turun. Hmmm, yang menarik. Lepas keluar dari plane, banyak ahjumma-ahjumma yang aku tengok macam GHOSBUSTER sebab diorang sandang vaacum untuk bersihkan plane. Tapi serious. Ajummas tu semua cute. Aha!


Dekat Incheon, kita nak transfer. Kita kena naik shuttle.


Otw to Imegeresen. :D
Dekat Imegresen, korang kena beratur. Then, ikut turn untuk masuk yer. Each family akan dapat satu borang as passes record and each person kena fill up borang details peribadi. Dekat Korea, dorang akan amik gambar kita dan cap 2 jari telunjuk tangan kanan dan kiri. Hmmm, lain kan? Masa kat Imegresen, officer tu pening kepala jugaklah dengan kitaorang. Aha! Sebabnya, muka kitaorang ni kan macam photostat je. Lepas tu nama lebih kurang. Diorang pun pening. Aha, But, Officer tu sangat friendly. Seronok!

Lepas kitaorang keluar dari amik luggage, orang dari Zaza Backpackers Hostel ambil kita orang. Nama ahjusshi tu Shin something. Tapi, dia just suruh panggil Mr. Shin je. Okay! 
Right after Mr. Shin dah ambil kitaorang, kitaorang nak pegi sewa phone dekat SRoaming dan nak beli TMoney dekat GS25 Convenient Store. Dah settle up semua, kitaorang balik bertolak ke guesthouse kitaorang. Hmm, nak bagi tahu korang lah. Orang Korea ni berjalan, speed bukan main laju gila ya amat. Semput jugak lah for the first time. 10 minit Korean berjalan is equal to 30 minit Malaysian berjalan.

Otw to Seoul
Dari Incheon nak ke Seoul take 1 hour. Hmm, Mr. Shin ni ada problem in speak in English. Aku ni dah lah first time datang sini, still no confidence to speak Hangeul. Apa yang dia cakap aku faham. Cuma, nak balas tu. Aigoo~ Take time. kesian ahjusshi ni. Dia diam sepanjang perjalanan. bila aku tanya dia, bru ckp. jenuh wooo! wa nak susun ayat. Merana weyh! Part paling best, masa kitaorang nampak iklan billboard dekat highway. Ada abang Song Seung Hoon. Dia pun start bercakap dengan kitaorang.


Otw gi Zaza Hostel dekat Myeondong, memang macam-macam orang kitaorang nampak. Same as environment yang korang nampak dalam KDrama. Seriously! Orang mabuk lah, couple gaduh lah. Macam-macam. Nice view actually. Aha! But, seriously. First time tengok Myeondong, buat korang yang suka lepak malam-malam. Memang superb ar tempat nih!

At last, kitaorang sampai ZazaBackpacker around 12.30am. Min welcoming us that time. But, he looks kinda sleepy. kesian dia, tunggu sampai mengantuk. Min ask us to check-in room tomorrow morning. So, kitaorang masuk je bilik dan tidur. Esok baru check-in. So, kitaorang kemas-kemas then solat jamak Isyak dan maghrib. Musafir kan. Dah settle semua tu, we all off to bed. Jaljayo! :D

Alhamdulillah. Perjalanan Day 1 has no problem. Run smoothly. Dan trip for Day 2 dah pun kitaorang planning malam sebelumnya. Experience yang sangat AWESOME! 

Wonder where we are going for next day? Stay tuned for the next entry for Day 2!
Thanks for reading! :)

I Love Korea!

No comments:

Post a Comment