Monday, July 16, 2012

(Part 1) 20th June 2012: MissJ's Seoul Summer Trip

Day 2 (Part 1): Deoksugung Palace


Hi-yeom! I am back to write for the second entry for MissJ's Seoul Summer Trip. Aha! Sebenarnya, aku baru lepas kena marah dengan akak-akak aku sebab lembap nak mampuih nak post second entry ni. Bukan apa, nak tulis entry ni, kenalah beremosi sikit. Gitu.
Baiklah, lupakan kes aku tu. Back to the title.
Second day punya planning, nak jalan-jalan area Samcheong-dong during the day. During the night, naik bas Seoul City Tour untuk pusing-pusing satu Seoul. Menikmati pemandangan Seoul yang banyak lampu katanya yer.
So, wa nak start bercerita yang Part 1 punya Entry dulu.


Seoul Summer 1: Check-in hostel and off to Myeondong's Subway.
As usual, kitaorang bangun awal harini. Maklumlah kan, first day. Excited membuak-buak nak berjalan dekat KOREA weyh! Ahahaha! Kitaorang adik beradik bangun pukul 4.30am(KST) disebabkan solat Subuh dekat sana awal. kalau time-time macam ni, Malaysia baru pukul 3.30am. Lepas kitaorang solat, hmmm. Nak tidur balik memang dah tak berdaya. Kerana TV disana!
Pagi-pagi buta aku dah ber-KPOP weyh. Depa on air banyak benda! *tu yang aku sayang KOREA nih!* Then, kitaorang siap-siap segala. Yang kelakar tu, iron yang kitaorang bawak tak boleh pakai. Kesian Angah! Dia tu penggemar tudung bawal. Menangis la weyh iron tak boleh guna. Ending, dia iron guna hair dryer je. Creative tak? Aha!
Around pukul 7.00am (KST) tu kita orang dah ready. Kitaorang sarapan lah dulu dengan setengah botol Banana Milk setiap seorang. Hebat tak? Aha!

Inilah Banana Milk tersebut. :)
1200KRW each bottle.
Tak boleh nak keluar awal sebab tak check-in hostel lagikan. Office ZazaBackpackers open at 8.00am (KST). Nak tak nak, kena lah tunggu office open.

Tepat pukul 8, Kakak dengan Angah turun ke office untuk check-in. Diorang bagi Tissue roll, towel, map, dengan plug adapter. Aku dengan Deqna still kat dalam bilik. Tunggu diorang check-in kan, sambil-sambil tu layan MV Boyfriend-Love Story dekat MNet dulu. Ahaks!

Okay, diorang dah check-in pun. Now, OUT TO MYEONDONG BABY! Aha! Excited kitaorang yer keluar dari Zaza. Okay, orang kata Seoul sangat panas. Korang tahu tak? Bila kitaorang keluar dari Zaza je, 'broom~~' angin lalu. BAPAK SEJUK! Serious! Pagi-pagi diorang sejuk. Tu pun, Korean kat sana kata panas? Tak faham aku. -.-

Kitaorang jalan ikut jalan shortcut. Kalau korang keluar Zaza, korang jalan straight lepas tu belok kiri.

Before korang turn left, korang akan nampak menatang ni.
Apakah ini? HA! Ini tempat CARPARK.
Awesome kan?
Dah belok kiri tu, korang jalan je straight sampai nampak ada Subway Exit 3 (Myeondong). Yang kelakarnya tu, sepanjang berjalan tu lah banyak Korean tengok je kitaorang. Maybe sebab kitaorang ni excited sangat kot Aha! On the way nak gi Subway Exit tu, banyak lah kitaorang nampak orang sibuk nak pergi kerja. Yang untung! Hmmm! Pagi-pagi aku dah nampak mamat MINAM weyh!
Oho! *gatal pepagi, apa salahnya. Cuci mata je~*

Area jalan otw nak gi Subway Exit.
Deqna yang excited. Kekekeke~
Aku yang Super Excited!
Inilah abang handsome yang aku cakap MINAM tu.
*senyum lebar*
Time dah sampai Subway Exit 3, kitaorang nak gi Myeondong Shopping Spree dulu. Nak tengok dekat mana Abang B2ST aku launch kasut dia time 16 june haritu. Kita orang pun lalulah subway tu. hmm, subway diorang memang bawah tanah dan korang boleh shopping UNDERGROUND. Yang paling best, ada MERCHANDISE shop dekat situ! Memang aku UNDERGROUND shopping bebenor lerr~

Entrance to Exit 3
Tengok Halmoeni tu, kesian dia.
Kitaorang jalan and take Exit 7. Sebab nak gi jejalan dekat Myeondong Shopping Spree dulukan. 
Lepas keluar dari Exit 7 tu, teruslah bergegas melihat dimanakah kedai tersebut.
OMO! Dekat bebenor! Dari pintu gerbang Myeondong, aku dah nampak gambar B2ST!!!!!!
*masa tu aku dah meroyan. nak nangis pun ada*
Aku terus jerit "B2ST! Kat sini rupanya!". Betapa frustnya aku sebab terlambat 3 hari je. Kalaulah diorang launch lambat sikit, DAPATLAH AKU MENATAP MUKA ABANG B2ST AKU WEYH! 

Tengok tu! Siapa tak menangis weyh!
BETAPA KACAKNYA MEREKA!!!! *meroyan*
(0-5 minutes from Zaza)
Bila dah nampak B2ST, macam orang gila aku. Dah puas menatap muka abang-abang aku, dah nampak dengan mata kepala sendiri tempat dorang launch 3 hari lepas, kitaorang pun patah balik to Exit 7. Nak teruskan perjalanan ke Palace.

Seoul Summer 2: Going to Deoksugung Palace and Sejong Centre.
Okay, kitaorang pun dah patah balik. Masuk je dekat Exit 7, korang kena masuk lah jalan ke dalam subway. Nak masuk subway tu, korang kena ada TMoney. TMoney tu macam card untuk korang naik subway dan bas. TMoney korang boleh beli dekat mana-mana Convenient Store or Family mart. Kitaorang beli dekat GS25 mart. Harga TMoney tu 3000KRW. Minimum korang boleh isi dalam TMoney tu 5000KRW. So, sukahati koranglah nak isi berapa pun. Asalkan cukup untuk korang guna. Macam kitaorang, isi 15000KRW dulu.

Hmm, time nak scan TMoney tu, aku lupa. Yang dekat Korea, lepas korang scan korang kena tolak palang tu. Dia tak ada bunyi yang palang tu bergerak. Aku pun scan ler, tapi aku tolak, tak gerak. Aku sorang je stuck dekat situ. Kakak-kakak aku semua dah lepas. Harabeoji tu pun terus gi kat aku. Dia scan kan card aku, tapi error. Dia suruh aku lalu gate emergency. Malu doe! Pagi-pagi dah ada je yang jadi. Aigoo~ Serabut Harabeoji tu nak cakap dengan aku. *Harabeoji, Malhaebwa! Nan hanguk-eo arayo!!!*
Dah tu, aku lalu je la. Selamat pun masuk subway. Before nak naik train tu, korang kena pegang MAP SUBWAY diorang okay. Aku nak bagitahu, tapi aku sendiri pun serabut. So, kitaorang decide nak pergi palace tu ikut Seoul Station.
The environment. Berpusu-pusu orang nak gi kerja.
*Myeondong*
Waiting for the train. :)
In the train.
Jangan terkejut, korang akan bau satu bauan which is seakan bau KIMCHI.
Sampai pun Seoul Station. Sebenarnya nanti korang kena transit dekat Seoul Station untuk  ke Seoul City Hall. Jangan jadi macam kitaorang. Pergi Seoul Station, tapi tak transit. Terus je pergi Exit 6 ke Exit 7. Aku pun lupa. Maklum lah kan, first time naik subway kat Korea. 

Sampai je dekat atas tu. hambik kau! Pelik!! Kenapa banyak bas??? Kitaorang teruslah pulun buka MAP Seoul. Muka joyah kitaorang menyebabkan ada satu ahjusshi tu tolong kita. Jangan main-main, Ajusshi tu kerja dekat YTN tau. *YTN tu TV Station*
Ahjusshi tu pun bagitahu lah kitaorang macam mana nak gi palace tu. Dia pun bagi direction. Dia kata 10 minit dari Seoul Station. Tapi ingat apa yang bagitahu korang dekat entry lepas! 10 minutes for Korean is equal to 30 minutes for Malaysian. Kitaorang pun jalan lah. Pergh! Agak jauh lah sebenarnya, tapi ada hikmah kitaorang tersalah jalan. Sebab kitaorang boleh tengok life Korean pada waktu pagi. We are enjoying the view! Macam-macam building kitaorang nampak. And NAMSAN Tower dari jauh. Kita ada nampak orang buat kempen besar dekat padang pun ada. :)

Environment time keluar dari Seoul Station
Otw to Palace









Punyalah 30 minutes kitaorang jalan, nampak macam-macam, Alhamdulillah sampai gak. Excited ouh bila dah nampak palace tu. maksudnya, hilanglah penat kitaorang berjalan. Dah sampai dekat depan palace tu, apa lagi. beli ticket! 
And time tu, ada information Hi-Seoul staff yang diri dekat area situ. Diorang pakai baju 'Hi-Seoul' warna merah. Apa-apa, korang boleh tanya. *tak tahulah pulak time korang pergi ada lagi ke tak*

Dekat depan palace. :D
Okay, yok beli tiket!
Sorok sebab takut kena marah dengan itu Oppa. Aha!
So, lepas beli ticket. Apa lagi, LET's GET IN! Fyi, ticket yang korang beli tu adalah ticket untuk 5 palace and period yang korang boleh guna ticket tu sampai sebulan. Ticket to 10000KRW per person. Murah kan? Seriously, sangat worth it! 

Dekat depan palace tu akan ada 'Guard' yang berpakaian tradisional. Diorang akan buat 'Guard Change Ceremony' setiap 1 jam. Guard-guard tu macam patung. Depa manusia. Tegak je diri. Kau buat apa pun, diorang diri tegak je. So, time tu korang boleh lah ambil gambar segala dengan diorang ni.
Dan official ceremony show diorang akan buat 2 session which is pada pukul 11am dan 3pm (KST).

Kitaorang pun enter palace tu. Subhanallah. Sangat cantik dan besar palace dia. Tu baru 1 palace aku tengok. Palace lain aku tak tahu lah. Hmm, tak silap lah. Palace ni tempat shoot cerita 'Lovers in Prague' kot. Scene mana aku tak ingat. Sangat cantik. Hmmm, nak describe banyak sangat. Korang tengok je lah gegambar tersebut yer.

Showing off the ticket. :D
Maple leaves. Nice scent. :D


The art. So beautiful. It's hand-paint. Believe it?
Ready to JUMP!
LET'S JUMP! JUMP! JUMP!
Beriya Angah. Aha! 
Batu nisan sapa ni??!
Aku ada batu nisan. Kau ada? *muka koya*
Hantu mana lah yang duduk dekat belakang aku tu. -.-
Kakak: Aku ada batu tulis 'Dae-Ha-Min-Guk'!! Kau ada??
Sebenarnya, aku confuse time ni.
Batu apakah???
Yang aku tahu ada words 'Dae-Ha-Min-Guk'
-.-

Macam gambar Album Cover tak??
Aha! Tunggulah kemunculan kami !
Debut stage yang tak ada! Ahahahaha!
Pintu Ajaib Doraemon

Berehat sebentar bersama kerusi~
Ceh! Wartawan Melodi tengah gigh tulis ni.
Nanti senang nak buat entry. Kekekekeke~~

Termenung apa cik kak???
Palace view form the side. :D
Buat CF ke Angah???
Ceh! Tengok tu.
Wartawan Melodi gigih merekodkan kegiatannya ketika di Korea.
LMAO!
That's original.
Tempat Raja diorang guna dulu.
Pot for Aroma theraphy.
Here, ada method lain on how to go to Deoksugung Palace.

How to go?
1.From Zaza, Walk to 명동입구 (Myeong-dong) [About 4 mins (210 m)] 
2.Then at 명동입구  (Myeong-dong),take Bus no. 263. Info- Bus towards 여의도 [(6 mins, 3 stops) ]
3.Stop at 시청앞  (City Hall) then Walk to 5-1 Jeong-dong, Jung-gu, Seoul, South Korea [About 6 mins (400 m)]              
                                              
Direction untuk Deoksugung Palace(Info Kaki berangan) *** need to confirm with subway line
Ade dua line subway untuk sampai ke sini. Nama stesen subway ialah City Hall. 
1. Line 1 kaler biru, keluar Exit 2 
2. Line 2 kaler hijau, keluar Exit 3

Okay. Done story-telling about the Part 1 of 20th June 2012: MissJ's Seoul Summer Trip. Yang Part 1 ni aku just ceritakan dekat korang sepanjang perjalanan aku nak ke Deoksugung Palace dan sepanjang aku ada dekat palace ni.

I will continue the next destination which is Sejong centre, Gyeongbokgung Palace and the night view of Seoul with Seoul City Tour Bus service.
Wonder on how my trip next? Stay tuned for the next entry for Day 2 Part 2!
Thanks for reading! :)

I Love Korea!

No comments:

Post a Comment