Saturday, September 28, 2013

Alhamdulillah...

Yo peeps. Pergh! Lama giloss dah hah tak membelog..
Bukan setakat berhabuk dah, kulat semua ado yer belog den ni...
Maaflah, semenjak menjak dah beso ni, banyok pulak koje bertambah.
Makin sibuk. Sambil tak menang tangan nak settlekan.
Hah, motip den buat entry ni sempena rasa Syukur den kepada Allah S.W.T kerana memberi perasaan merasa kemanisan dalam hidup. Alhamdulillah. Rezeki tahun pertama di universiti.

Den tak expect pun yang fakulti den ado lah buat majlis anugerah akademik ni. sampai naik pentas berlatar belakangkan lagu gamelan. den ingat amik jo sijil ni dekat pejabat. Alhamdulillah. Sekurangnya den dapat meraso perasaan tu. Nanti boleh praktik masa konvo *InsyaAllah*

Jadi, den nak mengucapkan sekalung tahniah jugok dengan classmates lain. Kita akan berusaha dan usaha untuk peroleh yang terbaik lagi. Sekian sahaja berbahaso nogori. Assalammualaikum.... :)

No comments:

Post a Comment